Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebuah NGO yang memperjuangkan hak wanita mempersoalkan kemunasabahan seorang kanak-kanak memberi keizinan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua.

womens aid organisation pc censored anti rape campaign 130109 ivy josiah "Di segi perundangan dan moral, bolehkah mereka memberi keizinan itu?" soal Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan

Wanita (WAO),Ivy Josiah, ketika dihubungi untuk mengulas mengenai dua kes penggantungan hukuman yang dijatuhkan ke atas perogol kanak-kanak.

Beliau menegaskan bahawa, di segi undang-undang, kanak-kanak di bawah umur tidak boleh memberi keizinan itu dan itulah sebabnya undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak 2001 digubal untuk melindungi mereka.

Di bawah undang-undang Malaysia, mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak boleh berkahwin tanpa persetujuan ibu bapa, tidak boleh mengundi sehingga mereka berusia 21 tahun dan tidak boleh memandu kereta sehingga berusia 17 tahun.

Begitu juga, murid-murid dan malah sesetengah pelajar universiti yang mengikuti rombongan, memerlukan slip kebenaran yang ditandatangani oleh ibu bapa mereka.

Ivy (kiri) berhujah bahawa ia kewajipan badan kehakiman untuk menjelaskan bagaimana ia boleh menerima 'keizinan'  seorang kanak-kanak berusia 12 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan "teman lelaki" yang berusia 22 tahun.

Tegasnya, kalaupun kanak-kanak tersebut bersetuju dengan hubungan seksual, tetapi dari segi fizikal dan emosi, dia mungkin belum bersedia untuk menghadapinya.

"Bolehkah mereka tangani bila hamil? Bolehkah mereka tangani bila sakit?".

[Baca berita penuh]

 

1. 'Hukuman berkelakuan baik tak bermakna pemain boling tak bersalah'

2. Rogol statutori: Muslimat PAS bidas PM

3. Peguam: Keizinan boleh jadi faktor kes rogol statutori

4. 'Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?'

 

ADS