Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat siasatan menyeluruh, adil dan bebas berhubung dakwaan trend keganasan dalam program politik pembangkang yang berlaku sejak kebelakangan ini.

NONE Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini membangkitkan kembali beberapa insiden melibatkan dakwaan ugutan bunuh dan serangan ketika ceramah Pakatan Rakyat.

"Saya harap perkara ini betul-betul diambil perhatian secara serius," kata Nurul Izzah selepas menyerahkan memorandum berkaitan kepada wakil menteri berkaitan di pejabatnya di Putrajaya.

Sebelum ini beberapa kejadian yang melibat keganasan politik antaranya pada 24 Mei, ceramah di Pantai Dalam telah dibaling batu, telur dan botol air mineral oleh sekumpulan orang yang tak dikenali.

Pada 30 Mei, dua ahli DAP telah diserang di Taman Mutiara, Meru, Klang dan dimasukkan ke hospital akibat keretakan tulang hidung dan patah tangan.

Yang terbaru, pada 16 Ogos lalu, Pengerusi Little India Joint Action Committee S Pathavachalam mendakwa menerima ugutan bunuh berbaur politik.

ADS