Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata isu berhubung undangan kepada Sultan Selangor ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri pada 30 Ogos lalu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan kerana beliau ingin mendapatkan pandangan semua pihak berhubung undangan kepada Sultan Selangor ke majlis sambutan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam itu.

NONE Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor itu dijangka akan memberi pandangan dalam mesyuarat tersebut, kata Khalid lagi.

"Isu mengenai itu (ditangani) bahawa satu jawatankuasa bertindak. Jadi esok dalam (mesyuarat) exco kita akan bincangkan perkara tersebut.

"Saya percaya setiausaha kerajaan negeri mempunyai jawapan-jawapan dan pandangan mereka tentang perkara itu.

"Jadi saya kena beri peluang untuk mereka menerangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan," katanya lagi kepada pemberita dalam satu majlis sambutan Hari Raya di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan Selangor akan meminta maaf kepada Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Perkara itu antara lainnya ditimbulkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo hari ini yang turut mempertikaikan jemputan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap di majlis berkenaan.

Mengulas saranan tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri akan memohon maaf kepada Sultan sekiranya perlu.

"Kalau perlu kita buat, kalau tidak perlu kita tak buat. Tapi saya percaya daripada rekod-rekod (sambutan) yang telah diadakan dalam negeri. Dan kita ada rekod-rekod itu.

"Jadi kita akan kaji sebab mengapa jawatankuasa yang sudah membuat empat tahun, bukan satu tahun dan (supaya) perkara ini tidak berbangkit (lagi). Jadi sebab itu kita nak minta pandangan.

"Lepas itu, kita buat (semakan) sebelum Pakatan Rakyat (membentuk kerajaan). Jadi kita buat daripada 2004 hingga 2012," katanya.

Ditanya sama perkara tersebut telah disembah maklum kepada Baginda, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata program yang melibatkan Istana dan kerajaan negeri dirancang sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis itu berlangsung.

"Jadi ia bukan satu perkara yang dibuat secara ad-hoc. Ia dibuat secara teratur termasuk wakil protokol yang mengingatkan kita bagaimana program itu dilakukan," katanya.

ADS