Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
FAQ kajian bebas terhadap pemulihan hutang Talam
Diterbitkan:  Sep 5, 2012 4:17 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Berikut soalan lazim berhubung pemulihan hutang Talam seperti disediakan oleh sekretariat akhbar pejabat menteri besar:

Adakah kerajaan Selangor bailout hutang Talam Corporation sebanyak RM1 billion?

Proses ini bukan bailout . Hasrat kerajaan negeri ialah mendapatkan semula hutang daripada Talam. Kami tidak layak komen bagaimana jumlah RM1 bilion diperolehi kerana tidak dinyatakan dalam rekod kerajaan negeri dan perjanjian penyelesaian dengan Talam.

Jika ini bukan bailout , apakah kaedah pelaksanaan yang dilakukan kerajaan negeri ini?

Penyelesaian hutang boleh dalam bentuk tunai atau aset. Dalam kes ini, aset digunakan untuk menyelesaikan hutang. Kaedah pelaksanaan oleh kerajaan negeri adalah untuk mendapatkan aset daripada Talam menerusi perjanjian penyelesaian.

Apakah perbezaan antara bailout dan pemulihan hutang?

Bailout ditakrifkan sebagai perbuatan memberi bantuan kewangan kepada perniagaan yang gagal untuk menyelamatkannya daripada runtuh.

Peruntukan bantuan kewangan ini ditakrifkan sebagai:

(a) Meminjam atau memberi pendahuluan sejumlah wang atau

(b) Jaminan, menanggung rugi atau menyediakan cagaran kepada hutang.

Kerajaan negeri tidak menyediakan bantuan seperti yang dinyatakan di atas dan kerana itu ia bukan bailout .

Pemulihan hutang pula secara jelas bermaksud mengutip hutang daripada pemiutang yang menjadi hak pemberi hutang (kerajaan negeri).

Urus niaga antara Talam dan kerajaan negeri adalah situasi pemulihan hutang. Kerajaan negeri mengambil alih aset Talam dan menjualnya bagi mendapatkan semula hutang yang menjadi milik kerajaan negeri.

Kerajaan negeri tidak membuat keuntungan/kerugian daripada urusniaga ini. Jika penyelesaian aset ini dijual pada harga lebih tinggi, lebihan jualan dipulangkan kepada Talam selaku pemilik aset.

Bila dan bagaimana Talam berhutang dengan kerajaan negeri?

Hutang Talam timbul hasil perjanjian dengan 3 anak syarikat kerajaan negeri:

  • Perjanjian Usahasama (JV) pada 1989-2002 antara PNSB berjumlah RM28.2 juta dan KHSB berjumlah RM115.1 juta.
  • Perjanjian penswastaan pembinaan kampus UNISEL antara KNS dan Talam pada 2001 berjumlah RM248.7 juta.

Adakah Kerajaan Selangor berjaya mendapatkan semula hutang daripada Talam?

Ya. Kesemua RM392 juta telah berjaya dikutip menerusi penyelesaian aset.

Bagaimana kerajaan negeri mengutip hutang ini?

Hutang tertunggak Talam berjumlah RM392 juta kepada kerajaan negeri telah diiktiraf oleh kedua-dua pihak menerusi Perjanjian Penyelesaian Menyeluruh antara Talam dan Menteri Besar Incorporated (MBI) pada 12 Mac 2010 dan perjanjian tambahan pada 9 April 2010. Hutang ini diselesaikan menerusi pemindahan tanah/hartanah dari Talam kepada MBI.

Sebanyak 14 aset dipindahkan melibatkan:

  • Sembilan plot tanah dan dua hartanah bernilai RM671 juta (dengan RM275 juta hutang kepada bank)
  • Pembayaran tunai oleh Talam sebanyak RM5 juta Pemindahan hutang sebanyak RM7.7 juta
  • Pemindahan ekuiti sebanyak RM4.2 juta

Adakah cara ini kerajaan negeri berkompromi dengan kepentingannya dalam setiap masa?

Tidak, cara ini tidak bermakna kerajaan negeri berkomromi dengan kepentingannya kerana tidak melibatkan tunai. Ia lebih kepada penyelesaian hutang di mana Talam juga berusaha memastikan

kerajaan negeri berjaya mendapatkan semula kesemua RM392 juta

Adakah ada usaha mendapatkan semula hutang oleh kerajaan negeri sebelum 2009?

Ya, kerajaan negeri mengadakan pelbagai perjanjian penyelesaian pada 2005, 2007 dan 2008 untuk mendapatkan semula hutang daripada Talam. Bagaimanapun, usaha ini tidak pernah berjaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mengutip semula hutang ini menerusi perjanjian penyelesaian menyeluruh.

Adakah kaedah pelaksanaan ini memberi keuntungan kepada kerajaan negeri?

Ya, kerajaan negeri mendapat manfaat daripada pelaksanaan ini, Pertama Perjanjian Penyelesaian Menyeluruh (GSA) telah meletakkan kerajaan negeri dalam kedudukan yang berfaedah di mana MBI

menerima bayaran kedua kepada peminjam bercagar apabila sebelum ini ia telah dikumpulkan bersama-sama dengan lain-lain pemiutang tidak bercagar Talam. Ia kemudian diteruskan untuk memulihkan kesemua hutang daripada Talam, dengan tiada pengecualian hutang oleh MBI.

Adakah berlaku perlanggaran peraturan ketika proses pemindahan 14 aset ini?

Tiada perlanggaran peraturan ditemui sepanjang audit dijalankan terhadap proses pemindahan aset kerajaan negeri. Aset-aset ini dipindahkan menerusi perjanjian penyelesaian dan penyelesaian

tambahan serta perjanjian jual beli (S&P) kepada pembeli terakhir.

Wang disalurkan kepada bank dan bakinya kepada MBI. Proses ini dipantau teliti oleh MBI untuk memastikan MBI mendapat semula baki yang dihutang oleh Talam.

Timbul dakwaan bahawa sesetengah aset terlalu mahal menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri. Apakah situasi sebenar?

Audit mendedahkan terdapat pelbagai laporan penilaian yang telah dikemukakan kepada kerajaan negeri - dari penilaian luar dan Jabatan Penilaian. Kedua-dua penilaian ini dirujuk dalam melaksanakan

kaedah penyelesaian ini.

Secara keseluruhannya, penilaian ini disokong oleh pertimbangan kasar yang telah dipersetujui MBI. Oleh itu, rekod menunjukkan tiada aset yang terlebih bayar.

Apa berlaku kepada aset ini selepas dipindahkan kepada kerajaan negeri?

Aset ini dijual kepada pelbagai pihak termasuk kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Setakat ini, 10 daripada 12 aset hasil Penyelesaian Aset telah dijual.

Adakah aset dibeli oleh anak syarikat? Jika ya, anak syarikat yang mana? Adakah mana-mana anak syarikat rugi selepas membeli aset ini?

Tidak semua penyelesaian aset ini dibeli oleh anak syarikat kerajaan negeri. Dua tanah telah dibeli oleh pihak ketiga.

Anak syarikat yang membeli aset ini ialah PKNS (RM16.9 juta anggaran nilai kasar), PNSB (RM438.5 juta anggaran nilai kasar) dan KHSB (RM44.7 juta anggaran nilai kasar pertimbangan kasar) - anggaran nilai kasar = anggaran sebelum ditolak hutang kepada bank)

Sudah terdapat pelan pembangunan oleh anak-anak syarikat ini untuk tanah yang dibeli. Dengan pelan pembangunan ini, anak-anak syarikat menjangkakan membuat keuntungan pada masa hadapan. Tiada

kerugian disebabkan penurunan harga tanah.

Adakah lebih baik kerajaan negeri menjual aset kepada syarikat yang tiada kaitan berbanding kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri?

Oleh kerana harga tanah telah dikunci pada harga anggaran kasar seperti yang persetujui dalam perjanjian penyelesaian. MBI boleh menjual tanah-tanah ini kepada mana-mana pihak selagi MBI tidak

membuat keuntungan atau menanggung kerugian hasil penjualan aset ini.

Oleh kerajaan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya akan membangunkan tanah ini dengan sendirinya maka, MBI menjual tanah ini kepada mereka.

Adakah kaedah pelaksanaan ini keputusan komersial terbaik yang dibuat kerajaan negeri dan mengapa?

Ya, ini adalah keputusan komersial yang baik oleh kerajaan negeri kerana menerusi kaedah penyelesaian ini membolehkan MBI mengutip semua hutang Talam tanpa sebarang pengecualian.

ADS