Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

NONE "Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.

Semalam, seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta ditangkap kerana didakwa menunjukkan punggung pada gambar perdana menteri minggu lalu.

Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas percakapannya dirakam polis.

'Isu lambat bertindak tak timbul'

Polis kemudian meminta orang ramai mengenal pasti sepuluh individu lain yang dipercayai memijak gambar perdana menteri dan isteri selepas insiden tunjuk punggung itu.

Dua daripada mereka, seorang model sambilan dan seorang pelajar kolej menyerah diri selepas gambar mereka tersiar.

Sementara itu, ditanya tidak bertindak awal mencegah perhimpunan itu, Mohmad berkata perkara itu tidak timbul.

Lagi pun, tambahnya, polis ditugaskan menjaga Dataran Merdeka dan bukannya Dataran DBKL - tempat perhimpunan itu berlangsung pada 30 Ogos.

"Kejadian malam itu bukan berlaku di Dataran Merdeka (seperti rancangan awal penganjur) tetapi berlaku di Dataran DBKL.

"Di sana kita tak cover kecuali cuma memerhatikan tindak tanduk mereka.

"Jadi apabila benda ini dah keluar Youtube dan akhbar dan ada orang membuat laporan barulah kita ambil tindakan," katanya.

ADS