Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kubur di Pengerang dipindah untuk Rapid
Diterbitkan:  Sep 12, 2012 6:22 AM
Dikemaskini: Sep 12, 2012 9:31 AM

Kira-kira 1,545 kubur orang Islam akan dipindah bagi memberi laluan kepada projek Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) serta Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang.

Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dalam satu  kenyataan semalami berkata kedua-dua projek berkenaan terletak sekitar kawasan cadangan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

    

"Penduduk berkenaan menerusi perbincangan dengan agensi agama negeri telah bersetuju untuk menempat semula kubur berkenaan. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Johor telah mengadakan tiga sesi penerangan mengenai pemindahkan perkuburan Islam yang terlibat dengan projek berkenaan," katanya.

    

Penerangan diadakan dari 16 hingga 18 Julai di lima buah kampung iaitu  Kampung Teluk Empang, Kampung Sungai Kapal, Kampung Sebong, Kampung Jawa Laut dan Kampung Jawa Darat.

Kubur-kubur itu yang terletak di tujuh buah lot dijangka dipindah dalam tempoh empat bulan mulai awal Oktober, kata JPDC.

    

Ia berkata kos pemindahan terpaksa penyediaan tapak baru ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Namun tiada pampasan akan dibayar kepada keluarga orang yang telah meninggal.

    

JPDC berkata kawasan perkuburan baru terletak tiga kilometer dari kawasan penempatan baru di Kampung Datuk Abdul Ghani Othman dan sebuah syarikat di bawah Perbadanan Islam Johor telah dilantik untuk membina kawasan dan menempatkan semula kubur.

    

Semua kerja untuk mengenalpasti waris telah siap dan Majlis Islam Johor telah meluluskan penempatan semula perkuburan pada 13 Julai lalu, katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS