Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengguna Facebook putus kawan dengan pemimpin MCA

Sekumpulan pengguna memutuskan persahabatan mereka dengan seorang seorang pemimpin MCA Pulau Pinang di Facebook, yang membuat laporan polis berhubung isu gambar perdana menteri dengan kesan tapak kasut di laman itu.

Ketua MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng, yang membuat laporan polis Isnin lalu, menerima kritikan keras di laman berkenaan kerana didakwa menggugat keselamatan rakannya di Facebook.

Kumpulan pengguna Facebook mengeluarkan Tan daripada senarai rakan mereka di laman tersebut, atas tindakannya membuat laporan polis ke atas 15 pengguna laman itu yang didakwa memuatkan gambar berkenaan.

Foto Tan ketika membuat laporan polis giat diedarkan di Internet bersama amaran kepada pengguna lain supaya menghalang beliau daripada laman mereka, dan juga supaya mengeluarkan gambar Datuk Seri Najib Razak dengan kesan tapak kasut.

Khai Beng masih belum dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Ketua ibu pejabat polis daerah Georgetown, Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata polis menyiasat kes memuatkan gambar Najib dengan kesan tapak kasut itu mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

[Baca berita penuh]

ADS