Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR akan meneruskan acara Jelajah Merdeka Rakyat di Johor walaupun menerima ugutan berhubung kunjungan ke kawasan kubu kuat BN itu.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengarah komunikasinya Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan bahawa ugutan itu diterima oleh seorang pengawal peribadi ketua pembangkang itu semalam.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat turut mengesali tindakan perdana menteri kerana tidak mengutuk serangan dialami PKR dalam siri program berkenaan sebelum ini.

NONE Beliau mendakwa serangan Pemuda Umno dan PERKASA terbabit dalam serangan tersebut.

"Kita mempunyai bukti pembabitan mereka di (kejadian) Lembah Pantai, Alor Setar, Kota Bharu dan Jasin," katanya.

Anwar berkata, Najib mengulas mengenai tindakan menunjukkan punggung dan memijak gambar perdana menteri itu, namun berdiam diri berhubung serangan ke atas PKR.

"Seolah-olah kita ada 1Malaysia tapi dua undang-undang," katanya.

Pengawal keselamatan itu, Ahmad Fauzi Mahpab, didakwa menerima satu panggilan di rumahnya daripada seorang lelaki.

Pemanggil itu didakwa berkata, "Hello bro, sampai Johor, aku tunggu kau dengan pistol".

Ahmad Fauzi membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut di balai polis Damansara pagi ini.

[Baca berita penuh]

ADS