Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Empat wakil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dibenarkan mengambil tempat mereka di majlis debat anjuran MCA mengenai langkah penstrukturan semula hutang Talam Corp.

NONE Mereka meninggalkan majlis tersebut selepas ianya jelas

bahawa mereka tidak akan dibenarkan naik ke pentas, di tengah-tengah sorakan 'boo'  kira-kira 500 hadirin yang pro-MCA.

Satu pergelutan kecil tercetus antara penyokong MCA dan Pakatan Rakyat, yang berjumlah sekitar 200 orang, menyebabkan polis campurtangan.

Sekurang-kurangnya empat orang kelihatan digari dan dibawa oleh pihak polis atas sebab-sebab yang tidak jelas.

NONE Khalid sebelum ini melantikan empat wakilnya - Tony Pua (DAP),

Dzulkefly Ahmad (PAS) dan William Leong (PKR), dan setiausaha politiknya, Faekah Husin - untuk menjawab semua perkara berkaitan penstrukturan semula hutang Talam.

Mereka berada di Pusat Belia Antarabangsa di Kuala Lumpur sebelum jam 8 malam, yang merupakan masa yang diiklankan untuk perdebatan itu dimulakan.

Bagaimanapun, menjelang kira-kira jam 8.20 malam, pengacara mengumumkan majlis itu akan bermula  jam 8.30 malam

sementara menunggu ketibaan Khalid, manakala Chua Tee Yong (ahli Parlimen Labis) sudah menunggu.

NONE Beliau meminta pada hadirin menunggu untuk melihat sama ada Khalid berani menerima cabaran pihak penganjur untuk mengambil bahagian dalam debat tersebut.

Pengacara juga mempelawa wakil rakyat Pakatan itu untuk mengikuti majlis tersebut dan mungkin mempunyai soalan untuk Chua.

Pada ketika ini, wakil Khalid meninggalkan dewan, diiringi suara ejekan daripada hadirin yang  pro-MCA.

[Baca berita penuh]

ADS