Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seminar kenal pasti gay rentasi agama, kaum
Diterbitkan:  Sep 14, 2012 3:25 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Yayasan Guru Malaysia menjelaskan, penganjuran seminar bagi mengenal pasti tanda-tanda gay di kalangan kanak-kanak dianjurkan untuk ibu-bapa dan guru-guru semua agama dan kaum.

"Ia adalah (acara) pelbagai agama dan budaya, lagi pun, semua agama menentang perlakuan ini," jurucakap yayasan itu dipetik sebagai berkata kepada Reuters.

NONE Agensi berita antarabangsa itu juga melaporkan, seminar itu sudah diadakan sebanyak 10 kali di seluruh negara dan berjaya menarik sekitar 1,500 hadirin pada seminar terakhirnya Rabu lalu.

Berita mengenainya mula dilaporkan pelbagai akhbar, termasuk Malaysiakini semalam.

Dilaporkan satu garis panduan untuk mengenal pasti tanda-tanda itu turut diedar dan disokong Majlis Rundingan Persatuan Ibu bapa dan Guru Putrajaya dan Kementerian Pelajaran.

Seminar itu dilihat disokong Putrajaya apabila ia dirasmikan Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi.

Pulau Pinang merupakan negeri keempat yang mengadakan seminar tersebut selepas Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Garis panduan dan seminar itu mencuri perhatian pengguna Twitter Malaysia sehingga menjadi ulasan utama mereka menggunakan kata kunci #SymptomsOfBeingGay (simptom seorang gay ).

Kata kunci tersebut muncul sebagai trend paling popular di kalangan pengguna Twitter Malaysia semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS