Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemberian wang tunai 'hampir' serupa beli undi, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pemberian wang tunai oleh kerajaan kepada rakyat adalah hampir serupa membeli undi.

NONE Menjawab soalan di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana

2012, Mahathir berkata beliau tidak bersetuju dengan amalan itu kerana menurutnya orang ramai akan bergantung kepadanya.

Sebaliknya, tegas Dr Mahathir, beliau akan memilih (untuk fokus) kepada membina infrastruktur.

Bagaimanapun, katanya, apabila kerajaan mempunyai masa yang singkat dan mereka menghadapi tahun pilihan raya, maka mereka membuat keputusan yang mudah (bagi mereka).

"Jika anda memberi rakyat wang, maka mereka menyokong (anda)," katanya sambil menambah bahawa ia mungkin bukan membeli undi tetapi 'sangat hampir ke arah itu'.

NONE Beliau menjawab soalan yang mengenai pendapatnya terhadap

pemberian wang tunai oleh kerajaan persekutuan dan sama ada ia adalah satu bentuk membeli undi.

Walaupun mengalami bajet defisit sejak mengambil alih pada tahun 2009, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan RM2.6 bilion untuk mengagihkan wang tunai melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

[Baca berita penuh]

ADS