Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dituduh mengganggu penyiasatan dan pendakwaan terhadap cabang perniagaan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Dalam laporan polis hari ini, Penyelaras Suaram, R Thevarajan berkata, Ismail mendakwa pihal di sebalik Suara Inisiatif Sdn Bhd akan didakwa walaupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) masih menjalankan siasatan.

NONE Thevarajan, dalam laporannya di ibupejabat daerah Petaling Jaya, juga menuduh Ismail bertindak dengan niat jahat dan mendesak pihak polis mendakwanya atas fitnah jenayah.

Keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Ismail itu turut dilampirkan bersama laporan polis.

Sementara itu, Suaram menggesa rakyat Malaysia supaya membuat laporan polis yang sama terhadap Ismail.

 

"Kami menggesa rakan-rakan kami di seluruh negara supaya membuat laporan terhadap menteri berkenaan, bagi menekan kerajaan dan menteri tersebut supaya berhenti membuat kenyataan sebelum penyiasatan selesai," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini.

 

"Menteri itu perlu mengikuti prosedur, tidak bertindak seperti seorang hero hanya kerana ini adalah kes berprofil tinggi," tambahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS