Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
M'sia selar karikatur anti-Islam di majalah Perancis

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis.

    

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat kesal dengan tindakan biadab itu yang menggambarkan agama Islam secara negatif dan turut menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia, terutama apabila karikatur ini diterbitkan selepas penyiaran video anti-Islam.

    

NONE "Malaysia berpendirian bahawa kebebasan bersuara perlu dilaksanakan secara berhemah dan penuh tanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    

Anifah berkata masyarakat antarabangsa perlu mengambil pendirian tegas dan menolak ekstremisme dalam semua bentuk dan pada masa sama mengambil langkah-langkah untuk membendung perbuatan provokatif dengan apa cara sekalipun.

    

"Dalam hal ini, Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa lebih erat dalam mempromosikan dialog dan pemahaman agama dan budaya antara satu sama lain bagi membolehkan masyarakat dunia hidup bersama dengan aman," katanya.

    

Karikatur anti-Islam dan video yang dirujuk Anifah itu mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia.

- Bernama

ADS