"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita membawakan kemajuan sebenar dan perubahan di negara ini," katanya dalam perhimpunan 3,000 orang alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di ibu negara.
Perkara ini, katanya, bertentangan sama sekali dengan janji pembangkang yang tidak tentu."Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar.
"Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya.
[Baca berita penuh]