Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemilik jet peribadi yang membenarkan pesawat itu digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat berbuat demikian tanpa mengharapkan balasan.

NONE Anwar berkata, "rakannya" itu membenarkan beliau menggunakan pesawat berkenaan disebabkan "masalah logistik" untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak.

Katanya, pemilik jet berkenaan memberitahunya supaya menyatakan identitinya sebagai "seorang rakan".

"Saya tanya dia jika dia memohon tanah di Selangor, sekiranya dia ada kepentingan di Pulau Pinang, Kedah atau Kelantan, walaupun ini bukan sebahagian dari perjanjian. Dia kata tiada.

"(Maka, bantuan tersebut) tidak terikat dengan apa-apa," kata Anwar.

NONE Katanya, pemilik jet tersebut – dipercayai dari jenis Dassault Falcon 7X – merupakan seorang yang dikenalinya untuk sekian lama.

Jet berkenaan berpengkalan di Kuala Lumpur dan didaftarkan dengan Jabatan Penerbangan Awam.

"Ia digunakan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, Kota Kinabalu, Kuching dan kembali ke Kuala Lumpur... Kalau boleh, saya mahu pinjam lagi," katanya

[Baca berita penuh]

ADS