Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apa yang Dr M beritahu mangsa perang WWII Soros

EKSKLUSIF Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu jutawan George Soros - mangsa Perang Dunia Kedua (WWII) , bagaimana beliau sendiri telah menyaksikan seorang askar British dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun.

Dalam sepucuk surat peribadinya, di mana beliau menulis kepada Soros enam tahun lalu untuk mendapatkan sokongan terhadap usaha anti-perang global oleh Yayasan Kepimpinan Perdana, Dr Mahathir menceritakan peristiwa yang tidak dapat dilupakanya itu yang berlaku di Alor Setar semasa Jepun menyerang Malaya.

NONE "Kematian askar muda British itu yang dibunuh dengan bayonet oleh

Jepun di kampung saya, telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya," tulis Dr Mahathir dalam surat 11 Januari 2006. Malaysiakini mempunyai salinan surat tersebut.

"Ia mungkin kelihatan seperti satu kejadian kecil tetapi saya menangisi kematian lelaki muda ini - 8,000 kilometer dari rumah dan keluarganya - dengan bayonet ditusuk ke tubuhnya. Dan dia menjerit dua atau tiga kali. Dan kemudian semuanya senyap.

"Saya seorang remaja ketika itu dan saya tidak dapat membayangkan sekiranya perkara itu berlaku pada diri saya. Bagaimana kita boleh membunuh orang dengan begitu kejam dan tidak langsung merasa bersalah."

Menurut penulis Barry Wain dalam bukunya, Maverick Malaysia, ini adalah salah satu peristiwa traumatik yang mempengaruhi zaman remaja Dr Mahathir dan "telah mengubah haluan hidupnya".

Soros sendiri tidak asing terhadap kekejaman perang.

NONE Dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Budapest, Hungary, dia

terselamat sewaktu Perang Budapest, di mana tentera Jerman dan Soviet bertempur dari rumah ke rumah pada hari-hari terakhir Perang Dunia Kedua.

Pada tahun 1947, ketika masih remaja, Soros berhijrah ke England.

Dr Mahathir telah menulis kepada Soros untuk menggesa spekulator matawang itu menyokong Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.

[Baca berita penuh]

 1. Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan

ADS