Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemuda Muda PKR (AMK) menuntut Bank Negara Malaysia menjawab skandal kerugian sebanyak RM5.7 bilion oleh institusi itu ekoran aktiviti dagangan pertukaran asing (forex) pada tahun 1992.

Mereka juga mencabar Gabenor BNM Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan sama ada berlakunya penyelewengan atau campur tangan dalam aktiviti itu.

AMK mendakwa ia dijalankan semasa pentadbiran menteri kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin "atas restu" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONE Cabaran tersebut dinyatakan oleh Shamsul Iskandar Md Akin ( kanan ) dalam memorandum yang diserahkan kepada bank pusat itu semalam.

"(BNM perlu) memberi penjelasan tentang mengapa dan kenapa dagangan tukaran mata wang ini dijalankan dan mengesahkan nilai kerugian RM5.7 bilion terutama aktiviti bawah Seksyen Forex seliaan Tan Sri Nor Mohamad Yakcop," memorandum itu dipetik.

Shamsul turut mencabar Zeti mendedahkan siapa yang mengarahkan Gabenor BNM Tan Sri Jaafar Hussein supaya menghentikan serta merta aktiviti pertukaran mata wang itu tersebut sehingga akhirnya beliau meletak jawatan.

Ketua AMK itu berkata sekiranya BNM mempunyai fakta lain dengan pendedahan yang dibuat Timbalan Menteri Kewangan Donald Lim Siang Chai pada 24 September lalu, maka mereka perlu membuat kenyataan rasmi untuk pengetahuan rakyat.

Isu dagangan wang asing ditimbulkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen beberapa hari lalu.

Parlimen diberitahu, Bank Negara mengalami kerugian kerugian berkenaan pada 1992 akibat kegiatan berkenaan.

ADS