Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penyanyi terkenal Ito mengajak lebih ramai artis turut serta dalam program mendokong tuntutan proreformasi sistem pilihan raya, seperti konsert BERSIH yang akan dianjurkan tidak berapa lama lagi.

NONE "Pada tahun-tahun sebelum ini, saya sudah bermain dalam majlis kerajaan, kenapa tidak sekarang (untuk NGO)?

"Saya orang Malaysia. Peminat saya semua rakyat Malaysia, bukan sahaja parti politik.

"Sebab itu, kenapa ramai artis tidak ke hadapan? Sepatutnya benda-benda macam ni (konsert), lebih ramai artis ke hadapan... Kita pun bukan dibayar gaji pun sebelum ini," kata vokalis kumpulan Blues Gang itu.

Dalam sidang media berhubung penganjuran konsert BERSIH di Kuala Lumpur hari ini, Ito mengaku percaya seratus peratus terhadap tuntutan gabungan NGO itu.

Blues Gang, sejak tampil dengan album pertama Any Time Any Day pada 1979, sehingga kini menghasilkan lapan album.

NONE Kumpulan blues itu terkenal dengan lagu "Apo Nak Dikato" yang yang menggunakan loghat Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga dan dua ahli jawatan pemandunya Hishamuddin Rais dan Maria Chin.

Konsert 8T yang akan berlangusng di Stadium Kelana Jaya pada 13 Oktober ini bermula jam 4 petang sehingga 11.30 malam.

Di sebelah petang akan diadakan beberapa majlis termasuk aktiviti jualan bazar barang-barang daripada NGO dan acara melukis untuk kanak-kanak.

Manakala di sebelah malam pula diadakan konsert yang menampilkan  antaranya penyanyi jalanan yang terkenal dengan lagu-lagu berunsur protes, Nik Jidan dan beberapa kumpulan muzik independen yang terkenal seperti Soul Saviour dan Republik of Brickfields.

Persembahan tarian naga dan paluan gendang turut dipersembahkan pada konsert - yang diadakan sebagai satu perayaan dan mengingati lapan tuntutan BERSIH tidak dipenuhi kerajaan.

VIDEO l 2.17 mins

ADS