Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekiranya tidak berpuas hati dengan projek petrokimia Pengerang di Johor, pembangkang boleh mencabarnya melalui saluran sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, projek itu sebenarnya memberi faedah kepada seluruh negara dan bukan hanya kepada negeri Johor.

NONE "Projek ini ada kepentingan nasional. Bukan kepentingan negeri.

"Kalau tak puas hati, nak cabar boleh cabar. Ada salurannya," katanya pada sidang media selepas program ramah mesra bersama penduduk Lembah Subang hari ini.

Anggota Parlimen Pagoh turut berkata, pembangkang cuba membangkitkan isu itu sebagai 'strategi' untuk pilihan raya umum akan datang.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng bahawa projek itu hanya helah untuk pengambilan tanah secara besar-besaran bagi memperkayakan kroni.

Sementara itu, Muhyiddin hari ini melawat Universiti Teknologi Mara (UiTM), pengakalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan Lembah Subang.

Ia salah satu usaha BN untuk menawan Selangor kembali. Di kesemua tempat Muhyiddin ''berkempen'' dengan menawarkan pelbagai perkara sekiranya BN memerintah Selangor.

Sementara itu, anggota Parlimen Pagoh turut berkata, pembangkang cuba membangkitkan isu itu sebagai 'strategi' untuk pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, Muhyiddin berkata, pembangkang tidak akan berhenti menyerang kerajaan dan mempolitikkan sesuatu isu.

Katanya, seperti isu loji nadi bumi Lynas, walaupun telah diterima rakyat secara menyeluruh dan membuat pelbagai langkah keselamatan, pembangkang masih tidak berhenti dan kini beralih pada isu petrokimia.

"Rapid (projek petrokimia) sebuah projek raksasa yang melibatkan peruntukan besar bukan sahaja di Johor tapi seluruh Malaysia. Ia memerlukan kawasan pembangunan yang luas. Penduduk yang terlibat terima kenyataan walau dulu tak jelas bayaran ganti rugi tapi dapat diselesaikan.

"(Pembangkang) kata tak perlu bina itu ini. Ini hujah yang tak munasabah. Saya jangka selesai isu ini nanti mereka cari (isu) lain," katanya lagi.

ADS