Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad hari ini.

Beliau berkata setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 Sept lalu.

"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di Pekan.

Ismail berkata AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

"Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya.

Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesen motosikal dengan lebih mudah dan cepat.

- Bernama

ADS