Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu mahkamah hari ini bahawa beliau telah memberitahu seorang pegawai polis bahawa beliau tidak ditipu berkaitan kos projek kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONE Seingat beliau, kata Dr Mahathir, tidak seorang pun anggota kabinet yang membantah (kos) projek tersebut.

Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis yang merakam kenyataannya, telah mengatakan bahawa Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan didakwa jika beliau (Dr Mahathir) memberi

kenyataan kepada polis lebih awal.

Dr Mahathir adalah saksi keempat pihak pembela dalam kes perbicaraan Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Ling, 69, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahunadalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

   

NONE Beliau juga menghadapi pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu M1,088,456,000.

   

Ling, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 September dan 6 November 2002. 

Dr Mahathir memberitahu demikian ketika menjawab soalan peguambela Wong Kian Kheong.

Beliau berkata pegawai polis merekodkan kenyataannya sebanyak dua kali dan beliau mengenalpasti seorang pegawai daripadanya sebagai Supt R Rajagopal.

Wong bertanya, selepas meneliti dokumen yang diberikan oleh pegawai penyiasat (IO), adakah beliau (Dr Mahathir) memaklumkan kepada IO yang beliau ditipu berkaitan pembelian tanah dalam kes tersebut.

Mantan perdana menteri itu menjawab tidak.

Wong bertanya lagi sama ada Dr Mahathir membuat laporan polis yang defendan menipunya berkaitan pembelian tanah tersebut.

Sekali lagi Dr Mahathir menjawab: "Tidak"

Wong: Apakah IO memberitahu anda?

Dr Mahathir berkata, seorang daripada pegawai tersebut berkata sekiranya mereka telah mendengar kenyataannya itu, Tun Dr Ling Liong Sik tidak akan didakwa jika beliau (Dr Mahathir) memberi

kenyataan kepada polis lebih awal. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir yang juga menteri kewangan ketika kejadian, memberitahu mahkamah, selepas beliau membaca dalam akhbar berita berkaitan pendakwaan Dr Ling, tertuduh ada datang dan bertemu dengannya.

   

Terdahulu, Dr Mahathir berkata PKFZ adalah satu projek yang sangat baik untuk negara dan beliau telah dua kali berkunjung ke Zon Bebas Jabel Ali di Dubai.

   

Ketika menjawab soalan peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Dr Ling, Dr Mahathir berkata tidak ada menteri yang membuat aduan berhubung projek itu.

   

Dr Mahathir berkata beliau juga tidak membuat sebarang laporan polis terhadap Dr Ling dan tidak ada menteri yang memaklumkannya bahawa Dr Ling telah melakukan penipuan.

   

Mengulas surat Dr Ling bertarikh 29 Jun 2002 yang mengandungi kadar RM25 skp untuk pengambilan tanah terbabit serta kadar faedah 7.5 peratus setahun, Dr Mahathir berkata beliau tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pegawai

Kementerian Kewangan.

   

"Tidak ada sesiapa yang memberitahu saya bahawa kos keseluruhan ialah RM1.088," katanya.

   

Dr Mahathir juga berkata Kabinet tidak terikat dengan laporan JPPH bagi pengambilan tanah di Pulau Indah.

   

Wong: "Sebagai Menteri Kewangan, adakah anda memihak terhadap tindakan pengambilan wajib tanah berkenaan untuk projek PKFZ?"

   

Dr Mahathir: "Biasanya tidak, kerana pegawai penilai akan membantu kerajaanmenjimatkan wang."

 

Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menilai kurang tanah terbabit.

   

"Sebagai seorang ahli politik, saya bergantung kepada populariti. Jadi, saya tidak akan menilai kurang tanah tersebut kerana tindakan itu akan menjadikan saya tidak popular, dan status saya bergantung kepada populariti," katanya.

   

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menetapkan esok untuk Dr Mahathir menyambung keterangan.

   

Sementara itu, pada awal prosiding, beliau berkata permohonan mencabar kebolehpercayaan keterangan bekas menteri kabinet Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akan diputuskan di akhir kes pembelaan.

   

Terdahulu, Hakim Ahmadi meminta Abdul Kadir memberi penjelasan berhubung keterangan beliau sebelum ini iaitu kadar faedah 7.5 peratus dalam pembelian tanah adalah muktamad, sedangkan dalam percakapan beramarannya sebelum ini tidak menyatakan demikian.

   

Abdul Kadir berkata keterangannya adalah secara menyeluruh berdasarkan pengalaman dan beliau tidak ingat tentang kes berkaitan Dr Ling.

 

 

ADS