Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pukul wartawan: Penyiasat polis janji kawad cam kedua

Seorang saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi mengenalpasti anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.

ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.

NONE Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.

Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar.

Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawad cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?

Kamarul:

Boleh.

Khaw: Kita akan menantikan kawad cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?

Kamarul: Ya.

Khaw:

Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.

Kamarul: Ya boleh.

Semasa perhimpunan itu, Radzi mendakwa dipukul sehingga tujuh orang angggota polis.

NONE Mei lalu, Radzi meluangkan masa kira-kira setengah jam di IPD Dang Wangi bagi membuat pengecaman bagaimanapun gagal mengenalpasti penyerangnya.

Menurut Radzi, pada kawad cam tersebut, seramai 20 anggota polis yang dibariskan terlalu tua, berbeza dengan kenyataan saksinya sebelum ini yang mengatakan polis yang memukulnya semua "muda".

Kamarul ketika ditanya berhubung perkara itu hari ini menjelaskan, beliau membariskan anggota yang tua dalam kawad cam tersebut untuk membantu siasatan.

"Kita adakan (kawad cam) sebagai proses siasatan. Tak semestinya suspek yang dikatakan ikut cita rasa pengadu. Ada yang kita letak orang yang bukan usia sama.

"Ada muda, ada tua. Kita dalam proses (siasatan). Kalau letak tua mungkin boleh bagi maklumat lebih. Kalau letak muda mungkin (siasatan) akan tersekat di situ," jelas Kamarul.

Sehubungan itu, Kamarul berkata siasatan akan terus dijalankan terhadap lebih 1,000 anggota polis yang bertugas di sekitar kawasan persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Tun Perak - tempat di mana Radzi didakwa diserang.

''Saya kena buat (soal siasat). Daripada senarai 30 orang (yang terlibat kawad cam) mereka dipilih secara rawak," katanya ketika ditanya bagaimana soal siasat akan dilakukan terhadap lebih 1,000 anggota polis.

ADS