Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyatakan bahawa beliau lebih suka bertanding kerusi Parlimen di Kedah, walaupun mungkin dicalonkan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau

bagaimanapun menyerahkan kepada jawatankuasa pusat parti itu untuk memutuskan di mana beliau akan bertanding.

Mat Sabu berkata beliau telah dicalonkan oleh beberapa bahagian untuk bertanding di Pendang (Kedah), Tasek Gelugor (Pulau Pinang) dan Titiwangsa (Kuala Lumpur).

pengukir nama johor mat sabu pas pc 060911 "Bagaimanapun, saya lebih suka Kedah kerana saya pernah bertanding dan menang di sana," katanya.

"Tetapi terpulanglah kepada kepimpinan parti. Saya akan bertanding di mana saja saya dicalonkan."

Mat Sabu - anak kelahiran Pulau Pinang - pernah menjadi ahli Parlimen Kuala Kedah pada 1999-2004.

Tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah 28 April tahun depan, tetapi ia boleh diadakan pada bulan-bulan akan datang.

Mat Sabu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan semalam mengenai bahagian parti itu yang mencalonkannya sebagai calon.

Terdahulu, terdapat laporan bahawa pihak tertentu cuba menghalang Mat Sabu daripada bertanding di Kedah.

[Baca berita penuh]

ADS