Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah diberitahu 'tiada pecah amanah' beli kondo NFC

Mahkamah diberitahu bahawa "tidak berlaku pecah amanah" dalam lencongan penggunaan pinjaman mudah kerajaan RM250 juta, dari projek Pusat Fidlot Kebangsaan kepada dakwaan pembelian sebuah unit kondominium di Bangsar.

Menegaskannya sewaktu disoal balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan yang dibuat di Parlimen awal tahun ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

NONE Shahrizat - yang memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap dua

pemimpin PKR - menegaskan bahawa Nazri bukan menteri pertanian dan industri asas tani.

"Tidak, saya tidak bersetuju dengan kenyataan (Nazri). Kita perlu melihat sama ada terdapat sebarang instrumen undang-undang," katanya menjawab soalan peguam Ranjit Singh.

Instrumen undang-undang itu termasuk apa-apa perjanjian bertulis antara pengurus projek National Feedlot Corporation (NFC) dengan kerajaan mengenai penggunaan pinjaman tersebut.

Ranjit mewakili Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (foto). Seorang lagi responden ialah Ketua Wanita, PKR Zuraida Kamaruddin.

Lebih RM80 juta daripada pinjaman mudah itu dilaporkan telah dipindahkan kepada National Meatworks dan Livestock Corporation Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli keluarga Shahrizat.

Wang ini didakwa digunakan untuk membeli unit di kondominium mewah OneMenerung di Bangsar, Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

ADS