Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas raja Kemboja Norodom Sihanouk meninggal
Diterbitkan:  Oct 15, 2012 11:28 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Bekas raja Kemboja Norodom Sihanouk meninggal dunia akibat serangan jantung di Beijing ketika umur 89 tahun, menurut pembantu peribadinya Putera Sisowath Thomico.

"Baginda dibawa ke hospital dan meninggal dunia tidak lama selepas itu," Sisowath dipetik sebagai berkata kepada AFP tentang kemangkatan raja yang turun takhta pada Oktober 2004 itu.

"Saya amat sedih," kata Putera Thomico sambil menambah: "Raja Sihanouk bukan milik kerabatnya, baginda milik rakyat Kemboja dan sejarah."

Bekas raja itu tinggal di Beijing sejak Januari. Beliau sepatutnya berumur 90 tahun pada 31 Oktober.

"Kerajaan Kemboja akan membawa mayat baginda daripada Republik Rakyat China kembali ke Phnom Penh untuk upacara pengebumian di istana diraja menurut tradisi kami," demikian pengumuman kerajaan yang televisyen Kemboja.

Walaupun setelah turun takhta, Sihanouk kekal popular di negaranya. Potret beliau masih menghiasi bangunan awam dan banyak rumah di Kemboja, lapor agensi berita antarabangsa itu lagi.

Baginda juga banyak menggunakan laman web untuk berkomunikasi dengan dunia luar.

[Baca berita penuh]
ADS