Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Landasan berkembar, tuntut pampasan dihad 10 peratus

LAPORAN AUDIT Kerajaan menghadapi risiko menanggung kerugian besar kerana perjanjian yang ditandatangani nya untuk projek landasan berkembar elektrik menghadkan pampasan yang boleh dituntut daripada kontraktor yang gagal untuk menyiapkannya mengikut jadual.

azlan "Semakan Audit mendapati had tanggungan liabiliti kontraktor kepada

Kerajaan untuk Projek Ipoh ke Padang Besar juga dihadkan kepada 10 peratus daripada nilai kontrak iaitu RM1.250 bilion," demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Mengulas lanjut, laporan itu menyebut, pada tahun 2000, projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang dan Ipoh telah dilaksanakan oleh Kementerian.

"Pengauditan yang dijalankan pada akhir tahun 2008 mendapati anggaran kerugian yang dialami kerajaan adalah berjumlah RM1.140 bilion apabila kontraktor asal gagal menyiapkan projek.

"Bagaimanapun, keseluruhan jumlah ini tidak dapat dituntut daripada kontraktor kerana menurut syarat kontrak, liabiliti maksimum yang boleh dituntut daripadanya adalah terhad kepada 10 peratus daripada nilai kontrak iaitu RM257.99 juta sahaja."

NONE Kontrak yang lebih terbaru ditandatangani dengan MMC Gamuda Joint

Venture Sdn Bhd  (MGJV) juga turut gagal untuk melindungi kepentingan kerajaan, kata laporan itu lagi.

"Pada pendapat Audit, penetapan had maksimum tanggungan liabiliti tidak menjaga kepentingan Kerajaan kerana Kerajaan terpaksa menanggung kerugian sekiranya kontraktor gagal menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan," tambahnya.

Laporan  itu juga mempersoalkan yuran pemprosesan 0.15 peratus yang dikenakan ke atas kerajaan oleh pemberi pinjaman utama projek itu, Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB). Ini berjumlah RM10.05 juta bagi bayaran interim yang dibuat kepada MGJV.

[Baca berita penuh]

ADS