Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak berhasrat mansuh pemasangan kamera AES

Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi  seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata langkah itu diteruskan kerana kerajaan melihat  AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekaligus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

"Pada masa ini kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik maka kita takut ianya akan menjadi serius," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

    

Sistem itu yang beroperasi pada fasa percubaan sejak 23 Sept  lepas telah merekodkan sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara.

    

Abd Rahim menegaskan pelaksanaan AES melalui kajian  terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

    

Beliau turut menekankan inisiatif itu dipraktik dan terbukti berjaya di 92 negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS