Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wan Azizah masak kek keju demi kesedaran isu jenayah

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini membawa kempen kesedaran ke atas peningkatan kes jenayah ke dapur rumahnya sendiri – melalui demonstrasi memasak kek keju kepada sekumpulan kaum ibu.

Program santai selama kira-kira sejam itu bagi mempromosi laman aktiviti "Ibu Malaysia Menentang Jenayah ( Malaysian Mothers Against Crime )" di Facebook yang diusahakan Biro Komunikasi PKR

NONE Bercakap pada sidang media selepas demonstrasi itu, Wan Azizah berkata, beliau mensasarkan seramai 10,000 orang akan menyukai laman Facebook itu bagi menyatakan mesej kepada menteri dalam negeri berhubung isu tersebut.

Katanya lagi, projek itu diusahakan memandangkan tidak banyak jenayah yang melibatkan kaum wanita diberi perhatian.

Namun, golongan ibu tetap berasa tidak selamat walau walau kadar jenayah melibatkan mereka tidak terlalu serius.

"Peningkatan jenayah semakin tinggi. Walaupun jenayah dalam negara (tidak teruk), Alhamdulillah. Tetapi perlu beringat agar wanita berhati-hati.

NONE "Kewujudan laman Facebook itu bertujuan supaya mereka dapat berkongsi cerita bersama, beri pandangan dan nasihat. Dari pengalaman itu akan beri peringatan kepada sesiapa yang membaca," kata Wan Azizah.

Beliau berharap, usaha mengetengahkan isu berkenaan di laman sosial akan dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita betapa seriusnya masalah jenayah dalam negara.

"Ia lebih kepada bagi menggalakkan kaum ibu sedar tentang jenayah," katanya lagi yang berharap kek bekas tangannya itu akan dapat membantu usaha tersebut.

Semakan pada laman Facebook berkenaan pada tengahari ini menunjukkan seramai 1,016 orang menyukainya.

VIDEO l 5.35 min

ADS