Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

NONE "DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".

VIDEO l 8.01 mins

[Baca berita penuh]

ADS