Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) mengeluarkan notis membatalkan sidang media yang dikatakan akan diadakan di Bangkok hari ini oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Musa sepatutnya mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut pengumuman yang dimuatkan di laman tersebut pada Sabtu lalu.

Musa berkata beliau tidak tahu apa-apa mengenai acara tersebut, ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Laman FCCT pagi ini mengeluarkan notis ringkas bagi menyatakan bahawa acara itu dibatalkan, dengan peringatan bahawa program tersebut "bukan anjuran FCCT".

Notis itu juga menyebut, hanya penganjur terbabit bertanggungjawab ke atas kandungan program tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS