Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Malaysia tidak diasaskan sebagai sebuah negara sekular dan tidak pernah diisytihar serta ditentukan untuk menjadi begitu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

NONE Sebaliknya, kata Nazri, Malaysia diasaskan bawah prinsip pentadbiran Islamik bawah Raja-raja Melayu.

Perkataan sekular tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan, Nazri memberitahu Dewan Rakyat dalam sesi soal jawab hari ini.

Katanya lagi, perlembagaan menyebut dengan jelas bahawa Islam sebagai agama persekutuan.

Beliau kemudiannya memetik perlembagaan dan peruntukan undang-undang yang menyebut status dan fungsi Islam dalam negara ini dilindungi.

[Baca berita penuh]

ADS