Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KCB rugi bukan kerana seleweng, kata setpol MB
Diterbitkan:  Oct 22, 2012 12:57 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Setiausaha politik menteri besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerugian yang ditanggung Kedah Corp Bhd (KCB) untuk projek balak di Papua New Guinea bukan akibat penyelewengan atau rasuah.

Katanya, jumlah RM134 juta yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu merupakan jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan firma Capital Investment Agency yang berpusat di London.

Pinjaman tersebut bagi membiayai pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd yang memperolehi kawasan pembalakan di negara Papua New Guinea, katanya.

NONE Ia bagaimanapun dibatalkan pada Januari 2010 selepas penilaian oleh jawatankuasa yang dilantik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), kata Muhammad Sanusi lagi dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini .

"Pelaburan ini ditamatkan di pertengahan jalan menyebabkan semua modal dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan.

"Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada jawatankuasa penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut, anak syarikat kepada PMBKed mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah.

papua new guine map Perunding untuk projek tersebut dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010, menurut laporan itu.

Mengulas perkara itu, Muhammad Sani berkata kerugian berjumlah RM6.4 juta itu juga bukan penyelewengan atau rasuah.

"Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami KCB adalah kos pengurusan perniagaan, kos pengurusan pinjaman dan pelaburan awal beberapa syarikat lain yang berhasrat untuk turut serta dalam perniagaan itu, bukan penyelewengan atau rasuah," katanya.

Dalam kenyataan itu, Muhammad Sanusi juga berkata, ketua pegawai eksekutif "yang menjerumuskan KCB dalam masalah di Papua New Guinea" ditam,aktan perkhidmatan pada 2010.

Bagaimanapun, individu berkenaan mencabar keputusan tersebut ke mahkamah, atas dakwaan bahawa penamatan perkhidmatan itu tidak dibuat mengikut undang-undang.

Katanya, bekas CEO KCB itu juga sebelum ini terbabit dalam MAS Incorporated - yang dikatakan memperolehi kawasan balak di Papua New Guinea.

Tambahnya, kerugian yang dialami KCB juga lebih rendah berbanding beban kewangan yang ditanggung ketika syarikat itu berada diketuai oleh ketua Umno Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain sebagai CEO.

Projek 99East bernilai RM1.9 bilion yang dikendalikan syarikat tersebut dengan Syarkat Terra Monda (Singapura) Ltd pada 2007 "meninggalkan beban kewangan dan reputasi buruk kepada syarikat yang lebih besar berbanding perniagaan di Papua New Guinea", katanya.

NONE

ADS