Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Sokongan bukti polisi saya tidak anti-bukan Melayu'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sokongan bukan Melayu kepadanya dalam pilihan raya tahun 1999  adalah bukti bahawa dasar pentadbirannya tidak pernah mendiskriminasi golongan itu.

Menurutnya, beliau memenangi pilihan raya umum pada tahun itu di atas sokongan bukan Melayu kepadanya walaupun orang Melayu menolak beliau kerana beranggapan beliau tidak adil kepada timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE "Ia bukan anti bukan Melayu. Masa itu saya menang pilihan raya tahun 1999 kerana bukan Melayu sokong saya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di satu program dialog di Universiti Malaya petang ini.

Sebaliknya, golongan Melayu yang tidak memberikan undi kepadanya dalam pilihan raya itu, katanya lagi.

"(Pengundi Melayu) fikir saya tak adil kepada Anwar (kerana) mata beliau lebam akibat isu mata lebam itu," katanya.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri kabinet, Datuk Seri Sanusi Junid yang dilaporkan berkata, dasar Mahathir pada masa itu diangkat daripada dasar Jerman yang mendiskriminasi orang Yahudi.

Menurut Sanusi, seperti dilaporkan laman The Malaysian Insider , Anwar bagaimanapun menggagalkan dasar tersebut dengan memberikan lesen perbankan kepada dua bank yang tidak mempunyai orang Melayu dalam lembaga pengarahnya.

AES dipertikai kerana politik

Terdahulu, Mahathir juga mengulangi pendirian anti-Yahudinya apabila mendakwa golongan itu "mewujudkan masalah kepada orang lain dan seluruh dunia dengan melanggar undang-undang antarabangsa tetapi berjaya melepaskan diri".

Menurutnya, sesetengah dasar pentadbirannya dahulu "mungkin dianggap anti-Yahudi tetapi ia bertujuan membangunkan Malaysia."

Ditanya mengenai pelaksanaan sistem pelaksanaan automatik AES, Mahathir menganggap ia dibangkitkan pihak tertentu untuk memancing undi pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu tunduk kepada tekanan dan perlu terus melaksanakan sistem itu.

"Semua orang tahu sistem ini baik diguna oleh negara lain tapi nak dijadikan isu, apa-apa sahaja yang dibuat kerajaan akan dijadikan isu untuk pancing undi.

"Kalau saya, saya tak tangguh. Benda ini baik," katanya.

 

ADS