300 berdemo aman bantah projek kondo di Batu Caves

Kira-kira 300 orang mengadakan demonstrasi aman di hadapan kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves kerana membantah cadangan pembinaan dua blok kondominium setinggi  29 tingkat berhampiran kuil itu.

protest at batu cave temple 261012 temple committee chairperson r nadarajah 02Bantahan tersebut diketuai oleh Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam Datuk R  Nadarajah (kiri) mulai jam 10 pagi, dengan para peserta membawa sepanduk membantah projek tersebut.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mengadakan demonstrasi tersebut, Nadarajah berkata pembinaan dua blok kondominium itu akan memusnah patung Dewa  Murugan tertinggi di dunia yang terletak kurang 300 meter dari tapak pembinaannya, lapor Bernama.

“Pembinaannya akan membahayakan nyawa pengunjung kuil dan pelancong dari seluruh dunia akibat (kemungkinan) benda jatuh berikutan  pembangunan besar-besaran di tempat berhampiran kuil ini.
    
“Oleh itu, projek ini perlu dihentikan terus, bukan hanya sementara dan kami menggesa kerajaan (Selangor) supaya menimbang masalah yang  kami hadapi," katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengetuai protes tersebut.

Sementara itu, wartawab Koh Jun Lin melaporkan bahawa Nadarajah berkata pihaknya memberi kerajaan negeri Selangor satu bulan untuk mengeluarkan perintah berhenti kerja kekal terhadap pembinaan kondo tersebut.

"Kami akan memberikan sedikit masa untuk kerajaan negeri melihat sama ada mereka akan berhenti terus atau tidak," katanya.

Apabila ditanya pihak mana yang mereka akan saman sekiranya tuntutan mereka diabaikan, Nadarajah berkata beliau perlu mendapatkan nasihat guaman terlebih dahulu.

Ketika diminta mengulas mengenainya, Exco Kerajan Selangor Xavier Jeyakumar sebaliknya menggesa jawatankuasa kuil tersebut supaya berjumpa kerajaan negeri.

"Saya dengan ikhlas meminta pihak kuil berhenti memberi kata-dua kepada kerajaan negeri," katanya, sambil menambah bahawa pintunya sentiasa terbuka.

Nadarajah mengakui bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah berhenti kerja sementara selepas menemui jawatankuasa kuil tersebut, tetapi berkata beliau tidak puas hati.

'Menyekat pandangan'

protest at batu cave temple 261012 condo drawingNadarajah dan peserta demonstrasi tersebut bimbang sekiranya pembinaan itu diteruskan, ia akan menghalang pandangan lereng bukit batu kapur itu dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bertingkat yang berdekatan.

"Anda akan halang terus (pandangan dari lebuh raya). Jika
pembinaan bangunan itu diteruskan, seolah-olah tidak ada Batu Caves.

"Orang ramai akan lupa mengenainya, tiada rasa hormat yang ditunjukkan," kata wakil Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Lim Teckwyn, yang turut hadir di perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada akan ada bantahan jika ia merupakan sebuah bangunan sembilan tingkat sahaja, bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu yang turut hadir  menjawab, di segi geografi, bangunan sembilan tingkat tidak akan menghalang bukit dan kawasan ini.

protest at batu cave temple 261012 samy vellu"Jika anda menggunakan jalan bertingkat itu yang dibina semasa
saya menjadi menteri kerjaraya, kami telah mengambil kira semua itu. Apabila anda menggunakan jalan tersebut, anda mesti sentiasa melihat keseluruhan lereng bukit. Semuanya."

Lim juga mendakwa bahawa Batu Caves merupakan kawasan alam sekitar yang sensitif dengan ratusan spesis haiwan, yang sebahagiannya adalah unik di kawasan tersebut.

Namun begitu, katanya, tiada penilaian impak alam sekitar dibuat bagi projek kondominium.

Menuding jari

Sementara itu, Xavier (kiri) mendakwa bantahan itu bermotifkan politik kerana projek tersebut telah diluluskan di bawah pemerintahan BN, dan tiada bantahan dari pihak kuil walaupun galeri jualan kondominium itu terdapat sebelah bukit sejak empat tahun lalu .

protest at batu cave temple 261012 04Beliau berkata semalam bahawa kelulusan bagi pembinaan kondominium itu telah dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan hanya mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.

Sementara itu ketika ditanya siapa yang akan dipersalahkan dalam isu tersebut, Samy Vellu dan Nadarajah berkata mereka bukan berada di situ untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi mahu melindungi kuil dan persekitarannya.

Lim kemudian mencelah dengan berkata: "Saya bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dikatakan oleh Datuk (Nadarajah), tetapi saya akan berkata, 'Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menghentikannya?'

Katanya, jika majlis sekarang tidak menghentikannya, maka merekalah yang akan dipersalahkan.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.