Rafizi: Terus terang atau hadapi pendedahan

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut.

"Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONERafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu.

Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram Padang Selatan.

Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang.

"Mohamad telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.

Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain.

azlan"Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.

"Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian.

Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan.

"Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.

[baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.