Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH disekat selama kira-kira 30 minit sebelum dibenarkan melalui pintu masuk imigresen di terminal LCCT untuk berlepas ke luar negara.
Menurut ahli jawatankuasa tersebut, Arul Prakkash (kiri), beliau disekat sementara di terminal LCCT itu Sabtu lalu atas arahan polis.
Beliau merupakan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH yang kelapan berdepan dengan perkara itu.
“Pegawai imigresen menyekat saya di pintu masuk tersebut kerana nama saya ada dalam senarai hitam... dan apabila saya bertanya mengapa, mereka berkata ia adalah arahan pihak polis," katanya ketika dihubungi.
Arul, yang hendak ke luar negara atas urusan perniagaan, berkata pihak imigresen menyekatnya selama kira-kira 30 minit dan membuat salinan pasport dan pas menaiki pesawat, sebelum membenarkannya berlepas.
