N Indra - ibu kepada A Kugan - memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak percaya laporan bedah siasat pertama ke atas anaknya itu, kerana beliau percaya Kugan meninggal dunia akibat dipukul sewaktu ditahan oleh pihak polis.

NONEIndra (kiri) - yang memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap
kerajaan dan polis - memberitahu mahkamah bahawa bercanggah dengan laporan bedah siasat pertama yang menemui 22 kecederaan pada badan Kugan, laporan bedah siasat kedua pula memperincikan 45 kecederaan yang dialami anaknya itu.

Selain Indra, peguamnya, N Surendran juga memberi keterangan dalam prosiding di mana video Kugan terbaring di bilik mayat Hospital Serdang pada malam pada 20 Januari 2009, turut ditunjukkan di mahkamah.

Surendran, yang merupakan saksi pertama memberi keterangan, menjelaskan mengenai penderitaan yang dialami keluarga tersebut yang perlu menunggu untuk melihat mayat tersebut dan juga supaya pihak berkuasa melakukan bedah siasat kedua, yang hanya dibenarkan lima hari kemudiannya pada 25 Janauari .

Berikutan bedah siasat kedua yang dilakukan oleh Dr Prashant Samberkar, doktor tersebut mendapati bahawa punca kematian adalah disebabkan pukulan teruk yang mengakibatkan sel pecah dan merosakkan buah pinggang Kugan.

"Ini membawa kepada keadaan yang dipanggil rhabdomyolysis, yang membawa kepada kematian Kugan," kata Surendran.

Dr Prashant tidak hadir untuk memberi keterangan dalam prosiding itu kerana beliau sudahpun pulang ke India kerana kontrak perkhidmatannya telah tamat.

[Baca berita penuh]