Nurul buat laporan pada JAIS terhadap Utusan

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Utusan Malaysia, mendakwa akhbar telah memutarbelit kenyataannya dalam satu forum mengenai Islam.
 
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menemui Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Husin dan membuat satu laporan lisan terhadap akhbar tersebut, kata setiausaha politik Nurul Izzah, Fahmi Fadzil ketika dihubungi.
 
Katanya, Nurul Izzah telah membuat laporan terhadap akhbar tersebut kerana untuk memutarbelit kenyataannya yang telah digunakan oleh pihak lain untuk menyerangnya.
 
Nurul Izzah, semasa pertemuan selama setengah jam dengan Marzuki, juga menjelaskan bahawa apa yang beliau katakan semasa forum Sabtu lepas telah diputarbelit, kata Fahmi.

Menurutnya, hadir sama pertemuan Nurul Izzah dengan pihak JAIS itu ialah peguam syarie Fadhlina Siddiq.
 
Nurul mengemukakan laporan Utusan Malaysia, satu salinan CD audio dan transkrip kenyataan beliau di forum tersebut kepada JAIS sebagai bukti, katanya.

[Baca berita Penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.