Sekarang, ROS cari Suaram P Pinang pula

Pendaftar Pertubuhan (ROS) kini datang ke cawangan NGO hak asasi manusia Pulau Pinang pula selepas mencari beberapa pemimpin BERSIH dan pembangkang  sebagai saksi.

Tiga pegawai jabatan tersebut mengunjungi pejabat Suaram di Sungai Dua pada sekitar jam 10.15 pagi, untuk mencari penyelaras cawangan itu, Lee Hui Fei.

Menurut Lee, pegawai tersebut mahu menyampaikan suatu notis kepada beliau dan mengambil kenyataannya. Bagaimanapun beliau tidak berada di pejabat pada masa itu.

"Mereka memberitahu kakitangan lain bahawa mereka akan datang kembali kemudian," kata Lee kepada Malaysiakini.

Baru-baru ini, ROS telah memanggil Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengikut Seksyen 111 dan 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Jabatan itu juga telah memanggil ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria chin Abdullah dan Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee untuk mengambil kenyataan mereka, walaupun kedua-duanya kebingungan kerana mereka tidak pernah menjadi sebahagian daripada Suaram.

Seksyen 111 menggariskan kuasa polis untuk memanggil saksi, termasuk mendapatkan waran jika mana-mana individu enggan mematuhinya. Seksyen 112 menggariskan butiran proses pemeriksaan.

Mereka juga sedang mencari Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam tetapi sehingga ini belum berjaya berbuat demikian.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.