Perhimpunan aman bantah AES di pejabat MP Lumut

Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di hadapan pejabat ahli parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga menteri pengangkutan.

NONEPerhimpunan yang dianjurkan oleh NGO BANTAH AES diadakan selepas solat Jumaat di Masjid An-Nasyirah, Setiawan sebelum berarak ke pejabat Kong di situ.

Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya ADUN Teja Chang Lih Kang, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Ketua Srikandi PKR Siti Aisyah Sheik Ismail.

Koordinator Bersama BANTAH AES Saifullah Zulkifli mewakili kumpulan itu juga menyerahkan memorandum kepada Kong, antara lain mengemukakan empat sebab sistem tersebut ditolak.

NONEMemorandum tersebut diterima oleh seorang kerani di pejabat itu. Kong yang juga adalah setiausaha agung MCA.

"BANTAH AES ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong tetapi dalam isu pelaksanaan AES ini aspek pelaksanaannya adalah meragukan dan membebankan rakyat," kata Saifullah dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kumpulan itu memberi tempoh seminggu kepada menteri untuk membatalkan pelaksanaan sistem itu atau berdepan satu lagi perhimpunan di Parlimen.

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.