SPRM: Tak cukup bukti dakwaan rasuah Bala

Timbalan pendakwa raya (DPP) mendapati kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana pihak berikutan aduan rasuah oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menghantar jawapan mereka kepada peguam Bala, Americk Sidhu pada 8 November berikutan tuntutan penyiasat persendirian itu supaya suruhanjaya itu menjawab aduannya kepada suruhanjaya tersebut.

Menurut Americk, SPRM dalam jawapannya berkata mereka telah "menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh" dan telah mengemukakan hasilnya kepada DPP untuk "penelitian dan nasihat".

Menurut SPRM, timbalan pendakwa raya telah meneliti keseluruhan bukti tetapi mendapati terdapat kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana individu atas apa-apa kesalahan jenayah.

Bala telah memberi kata-dua kepada SPRM supaya menjawab aduannya bahawa ada pihak cuba merasuahnya untuk mengaitkan pemimpin Pakatan, berhubung perkara pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada masa ini Bala bersembunyi di India kerana bimbangkan keselamatannya. Minggu lepas Balasubramaniam mengugut untuk mendedahkan butiran mengenai dakwaan percubaan merasuahnya berhubung Akuan Bersumpah (SD) pada 2008 berkanun (SD) yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Altantuya.

Dalam jawapan tiga perenggan, SPRM berkata mereka bersetuju dengan kesimpulan timbalan pendakwa raya itu, dan ia telah dibentangkan kepada panel kajian operasi SPRM pada 8 November 2012, yang turut bersetuju dengannya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.