Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan selepas dilanda angin puting beliung di Kampung Telok Gong Kuala Sungai Baru di Melaka hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.11 pagi sebelum dua jentera dari balai bomba Masjid Tanah dan Alor Gajah dengan sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata puting beliung selama lima minit yang dipercayai datang dari arah laut itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung kebanyakan rumah yang terlibat.

"Siasatan awal mendapati tujuh rumah mengalami kerosakan teruk sehingga hampir memusnahkan keseluruhan premis," katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.

Beliau berkata bilangan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu dianggarkan melebihi 100 orang namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

- Bernama

ADS