Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat M'sia mohon status plaintif 'kes Musa Aman'
Diterbitkan:  Nov 12, 2012 6:30 PM
Dikemaskini: 10:37 AM

Sekumpulan 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut BMF, kes itu membabitkan dakwaan penyucian wang haram oleh bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang didakwa sebagai penamanya.

"Kes itu dibuka peguam negara Switzerland pada 29 Ogos susulan satu laporan jenayah oleh BMF," kata BMF dalam kenyataan mereka.

Kumpulan rakyat Malaysia itu membuat permohonan kepada Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland selepas pendakwa raya di sana mengumumkan pada 26 Oktober bahawa BMF perlu dikecualikan daripada kes itu kerana mereka tidak terjejas secara langsung daripada dakwaan penyucian wang haram itu.

Mahkamah dijangka memberikan keputusan terhadap permohonan itu dalam jangka masa tiga bulan, kata BMF.

[Baca berita penuh]

ADS