Kumpulan anti-empangan S'wak sertai perarakan anti-Lynas

Sebagai menunjukkan sokongan, sukarelawan dari kempen SAVE Rivers akan menyertai kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau dalam perarakan 14 hari dari Kuantan ke Parlimen yang bermula hari ini.

NONE"Penyertaan kami dalam Perarakan Hijau adalah juga cara kami
menunjukkan sokongan kepada masyarakat lain untuk perjuangan yang sama di tempat mereka," kata wakil kempen Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Baram, Philip Jau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Kuantan adalah tempat kelahiran Himpunan Hijau, untuk menentang operasi loji nadir bumi di Gebeng, dan telah menjadi platform kepada kebimbangan alam sekitar yang lain.

Kumpulan itu sendiri terbabit dalam perjuangan menentang cadangan pembinaan 12 empangan mega di Sarawak, dan telah mengadakan sekurang-kurangnya satu sekatan di sebuah tapak pembinaan.

azlanPhilip akan mengetuai sebelas yang lain, termasuk tiga wanita, untuk
menyertai perjalanan 300km ke Kuala Lumpur.

SAVE Rivers adalah gabungan badan alam sekitar yang diwujudkan untuk mengetengahkan isu-isu hijau yang dipanggil "Green March".

Ahli-ahli lain termasuk Himpunan Hijau, Raub Ban,  AJK Sianida, dan Gabungan Pengerang.

Philip merancang untuk menggunakan peluang ini untuk memaklumkan dan mendapatkan sokongan dari Malaysia Barat untuk menghentikan cadangan pembinaan 12 empangan mega di Sarawak.

Perarakan Himpunan Hijau itu diketuai oleh pengerusinya Wong Tack, untuk berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan merancang untuk menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen pada 26 November.

Himpunan Hijau mengetuai lobi menentang loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.