Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Sungai Kinta, Tanjung Tualang, Kinta, Perak berwaspada kerana paras air melebihi tanda amaran susulan hujan lebat.

Sehingga malam tadi, di Selangor, paras air di Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat; Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang juga melebihi paras amaran dengan masing-masing mencatatkan 4.25 meter, 8.77 meter dan 3.72 meter.

    

Menurut portal JPS, paras air Sungai Bidut, Sibu di Sarawak turut melebihi paras amaran apabila mencatatkan bacaan 3.14 meter.

    

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor berkurangan kepada 1,311 malam tadi berbanding 1,357 orang malam kelmarin.

Mangsa terdiri daripada 330 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan iaitu empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.

Di Johor pula bilangan mangsa banjir meningkat kepada 143 orang berbanding 138 malam kelmarin. Mereka terdiri daripada 34 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sri Telok, Batu Pahat.

    

Perak pula, sehinngga semalam, mencatatkan 39 mangsa banjir meliputi 10 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.

    

Di Melaka, jumlah mangsa banjir kekal 84 mangsa merankumi 17 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin.      

- Bernama

ADS