Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu memberi tempoh 14 hari kepada kontraktor yang bertanggungjawab memasang dua buah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kajang supaya merobohkan struktur terbabit.

"Di bawah akta kerajaan tempatan jelas memberitahu, mana-mana struktur dan bangunan perlu mendapatkan Kebenaran Merancang (KM).

NONE "Tanpa itu walaupun kamu pemilik tanah, kamu tidak boleh buat apa-apa. Kalau kamu buat (ia) dianggap haram.

"Saya yakin, ketiga-tiga mereka – kontraktor, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kementerian tidak membuat permohonan," kata Liu ketika ditanya pemberita selepas sidang media di pejabat SUK Shah Alam hari ini.

Ronnie berkeras bahawa beliau akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPJ) untuk merobohkan struktur berkenaan sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.

"Kalau tidak roboh, kita akan minta MPJ buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Pada orang yang kena saman selain daripada PAS, saya akan bincang dengan MPJ.

"Jadi, kalau tak roboh (kamera), kita akan roboh. Kita patuhi undang-undang," katanya lagi.

Dua kamera tersebut dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut akhbar The Sun hari ini, menteri pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pada Ahad lalu berkata kerajaan tidak akan merobohkan dua kamera AES yang dipasang di kawasan Selangor walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan pemasangan tersebut.

Malah, lebih banyak kamera akan dipasang dan sistem itu akan dikuatkuasakan mengikut undang-undang, katanya.

ADS