Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar bidas tindakan MPPP roboh rumah warga emas

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengkritik tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh rumah seorang warga emas di Lengkok Sungai Gelugor di George Town Khamis lepas, lapor Bernama .

Agensi berita nasional itu memetik beliau sebagai mempersoalkan tindakan MPPP itu memandangkan arahan untuk tidak merobohkan rumah berkenaan telah dikeluarkan kerajaan negeri.

"Kalau ada ahli majlis dari Pakatan Rakyat yang terlibat, saya akan tentukan orang seperti ini tidak perlu dilanjutkan kerana dia tidak prihatin permasalahan rakyat," Bernama memetik Anwar sebagai berkata.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di wacana 'Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat' sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di sini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Osman.

Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada terdapat kecuaian di peringkat pegawai atau ahli majlis.

Menurut Bernama lagi, baru-baru ini akhbar melaporkan penguatkuasa MPPP meroboh bahagian depan rumah milik Mariam Tahir, 72, tanpa mengeluarkan sebarang notis terlebih dahulu kerana strukturnya tidak mengikut peraturan ditetapkan .

Bagaimanapun, pegawai MPPP menyatakan hanya bahagian

depan rumah - yang ditambah tanpa kebenaran - telah dirobohkan, bukan seluruh rumah, selepas majlis itu menerima banyak aduan dari seorang jiran.

Menurut MPPP lagi, warga emas itu juga telah diberi notis mengenainya.

Menurut PenangInsight, yang memaparkan kronologi  peristiwa yang membawa kepada perobohan tersebut berkata tindakan itu tidak diambil ekoran gesaan rasmi ADUN Sungai Pinang Koid Teng Guan.

ADS