Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga Orang Asli ditawar wang agar tarik balik laporan

Keluarga seorang pelajar Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa di sekolah minggu lalu didakwa ditawarkan wang untuk menarik balik laporan polis mereka.

Timbalan pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bihai Arom Asir, mendakwa, keluarga Hassan Achoi ditawarkan demikian pada 7 November untuk menarik balik laporan tersebut.

Beliau mendakwa, abang kepaa salah seorang murid perempuan itu, Along Hassan menghubunginya pada Khamis (8 November) untuk meminta nasihat dan memaklumkan perkara itu kepadanya.

Arom ketika ditemui di Kuala Lumpu pada 9 November lalu mendakwa, Along memaklumkan bahawa individu terbabit menawarkan RM300 untuk setiap murid yang ditampar.

Beliau berada di ibu negara untuk menghadiri satu persidangan mengenai hak Orang Asli.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat menghubungi Arom kerana kawasan penempatannya, Pos Bihai yang terletak di kawasan pedalaman Gua Musang berhampiran sempadan Perak-Gua Musang tiada liputan perkhidmatan telefon.

Arom yang kembali ke perkampungan berkenaan minggu lalu menemui ibu bapa kanak-kanak terbabit dan mengesahkan butiran percakapan dengan guru berkenaan.

Menurut Arom, ibu bapa kanak-kanak tersebut mendakwa sekumpulan guru menawarkan RM250 untuk setiap orang murid, manakala guru yang bertanggungjawab menampar kanak-kanak itu akan menambah RM50 kepada jumlah tersebut – menjadikan jumlah RM300 untuk setiap kanak-kanak.

[Baca berita penuh]

ADS