Chor: Dolomite kemuka 'penyelesaian kejuruteraan'

Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Geosains dan Mineral "tiada bantahan" ke atas projek kondominum kontroversi 29 tingkat di Batu Caves selepas dikemukakan "penyelesaian kejuruteraan" oleh pemaju Dolomite Sdn Bhd.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata, jabatan geosains pada awalnya menyatakan bahawa kawasan itu tidak sesuai untuk dibina struktur namun pemaju kemudian menunjukkan bahawa mereka mampu berbuat demikian dan mempunyai penyelesaian kejuruteraan.

Katanya, Jabatan Alam Sekitar kemudiannya memberi pensijilan dan kebenaran kepada pemaju dan Jabatan Geosains juga kemudiannya tiada apa-apa bantahan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Chor berkata demikian dalam perbahasan Belanjawan 2013 secara jawatankuasa bagi peruntukan untuk kementeriannya.

Anggota exco Selangor Ronnie Liu dan Dr Xavier Jayakumar sebelum ini berkata, kerajaan BN meluluskan projek tersebut walau menerima bantahan daripada Jabatan Alam Sekitar.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.