RM45b hutang lapuk: PTPTN tetap guna 'cara baik'

EKSKLUSIF Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Agos Cholan berkata badan itu tetap mengambil tindakan dengan cara "baik" walau hanya mencapai separuh daripada kadar kutipan balik pinjaman.

"Kita ada cara baik dan cara keras. Setakat ini, kita bertindak agak baik dan sederhana. Kami iklankan di akhbar, papan iklan dan mengadakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai supaya "bayar balik lah", dan seterusnya.

NONE"Kami beritahu mereka 'cuma bayar apa sahaja yang anda (mampu). Perkara seterusnya yang kami lakukan ialah menghantar surat tuntutan," katanya.

Namun, memandangkan sejumlah besar daripada data peminjam PTPTN masih belum dikemaskini, kemungkinan bagi surat tuntutan berkenaan sampai ke tangan penerima masih rendah.

Berdepan dengan kemungkinan ini, Agos yang merupakan bekas pegawai bank berkata PTPTN masih enggan mencontohi tindakan bank dengan menggunakan agensi bagi mengutip semula hutang tersebut.

"Kita ada senarai agensi kutipan balik hutang, tapi kita belum mula gunakan mereka... Kita bimbang mereka mungkin tidak cukup profesional.

"Sekarang kami lakukan sendiri. Kami ikuti proses undang-undang dan senarai hitam (peminjam ingkar) dengan Jabatan Imigresen, jadi apabila mereka dapati tidak boleh ke luar negara, mereka akan datang kepada kami dan kami dapat maklumat perhubungan mereka yang terkini," katanya.

Namun, dengan kejayaan terhad ini, dianggarkan hanya 20 peratus daripada kira-kira 130,000 orang peminjang dalam senarai hitam imigresen yang mula membayar semula pinjaman mereka.

NONE"Yang lain masih belum tampil. Kami masih menunggu," kata Agos.

Keengganan PTPTN untuk mengambil tindakan lebih keras, seperti memaut sistemnya dengan rangkaian perbankan bagi menghalang peminjam ingkar daripada mendapat kemudahan kredit bank, menggariskan keadaan politik dalam situasi ini.

Namun, badan berkenaan sudahpun digambarkan sebagai lintah darat – memeras dana daripada graduan muda dengan gaji permulaan yang cukup makan.

Pada April, sekumpulan siswa daripada seluruh negara berkhemah di Dataran Merdeka untuk menuntut pemanduhan pinjaman PTPTN dan mempertikaikan kadar fadah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.